Friday 4 November 2011

BAHAGIAN C – 20 MARKAH MASA DICADANGKAN 15 MINIT (Set 2)

SET 2

BAHAGIAN C – 20 MARKAH
MASA DICADANGKAN 15 MINIT


Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Linggam           : Ah Seng, kamu pergikah ke rumah Aidil sempena hari lahirnya ?
Ah Seng           : Saya belum membeli hadiah lagi tetapi kita mesti menghadiahkan sesuatu sebagai
  tanda seorang rakan.
Linggam           : Saya ingin membelikannya alat-alat melukis. Dia gemar melukis.
Ah Seng           : Linggam, saya rasa lebih baik kita berkongsi wang untuk membelinya. Kita boleh  
              membeli hadiah yang lebih berkualiti.
Linggam           : Saya setuju tetapi saya tidak mempunyai wang yang begitu banyak.
Ah Seng           : Tidak mengapa, saya boleh tambah jika kurang.
Linggam           : kamu sungguh baik hati, Ah Seng.
Ah Seng           : Oh, tidak mengapa! Itu hanya perkara kecil sahaja.
Linggam           : Jika begitu, marilah kita pergi ke kedai untuk membeli hadiah itu.
Ah Seng           : Sebentar ya, saya mesti memberitahu ibu saya terlebih dahulu.
Linggam           : Baiklah.

Jawapan

            Antara nilai murni berdasarkan petikan ialah kita mestilah mempunyai sifat ______________ dengan ___________________________________________. Selain itu, kita hendaklah ___________________________ dengan cara berkongsi wang untuk membeli hadiah rakan. Seterusnya, kita mestilah _____________________________ supaya kita juga turut dihargai. Di samping itu, kita juga mestilah mempunyai sikap _________________________________ untuk kebaikan kita bersama. Akhir sekali, kita hendaklah _______________________________________ sebagai tanda anak yang baik.

No comments:

Post a Comment