LATIHAN PENULISAN BAHAGIAN C


SET 1
Latihan mengecam nilai.



Bil

Ayat

Nilai


1.

Hafiz merupakan seorang anak yang sangat patuh akan perintah ibu bapanya.



2.

Hafiz sangat rajin belajar dan sentiasa berjaya dalam peperiksaan.



3.

Dia selalu  mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.



4.

Hafiz akan mengulang kaji pelajaran dan apa yang telah diajar oleh guru.



5.

Hafiz sentiasa berusaha untuk  menjadi anak yang menyenangkan hati ibu bapanya.






SET 2


Lengkapkan  nilai bagi setiap pernyataan yang diberi.

BIL
PERNYATAAN
NILAI
1
Hamid suka menolong orang tanpa mengharapkan balasan.

2
Tidak bersikap sombong terhadap orang lain setelah berjaya .

3
cukup dengan apa yang ada.

4
Fahmi sentiasa mendengar arahan ibu bapa, guru dan ketua kelasnya.

5
Shahrul melaksanakan tugas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

6
Aminah menghadapi dugaan dengan redha dan hati terbuka.

7
Sentiasa bertolak ansur dengan pihak lain dan menggunakan budi bicara.

8
Kassim boleh melakukan sesuatu tugas yang diberikan kepadanya.

9
Farah bertaubat, tidak mengulangi lagi kesalahan atau kesilapan yang dilakukannya.

10
Siti sentiasa menjaga penampilan dirinya.





SET 3


Lengkapkan  nilai bagi setiap pernyataan dan bina ulasan berdasarkan pernyataan tersbut.

1. Setiap hari Ali datang awal ke sekolah.
Nilai: ____________________________________________________________________
Ulasan : _______________________________________________________________________
2. Abu dan rakan-rakannya beratu ketika hendak membeli makanan di kantin.
Nilai: ____________________________________________________________________
Ulasan : _______________________________________________________________________
3. Kemudian, aku membersihkan diri.
Nilai: ____________________________________________________________________
Ulasan : _______________________________________________________________________
4. Aku bersalam dengan ibu bapa sebelum ke sekolah.
Nilai: ____________________________________________________________________
Ulasan : _______________________________________________________________________
5. Aku meneruskan sesi pemelajaran dan memberikan sepenuh perhatian.
Nilai: ____________________________________________________________________
Ulasan : _______________________________________________________________________
6. Aku merujuk kepada guru tentang perkara yang tidak aku fahami.
Nilai: ____________________________________________________________________
Ulasan : _______________________________________________________________________
7. Ketika sedang menyapu, Atan terdengar sesuatu lalu pergi melihatnya.
Nilai: ____________________________________________________________________
Ulasan : _______________________________________________________________________
8. Alia Menyusun buku-bukunya di rak supaya kelihatan kemas.
Nilai: ____________________________________________________________________
Ulasan : _______________________________________________________________________
9.  Amira  berasa bangga semasa membaca kisah Hang Tuah.
Nilai: ____________________________________________________________________
Ulasan : _______________________________________________________________________
10. Raju membuat keputusan menggunakan pertimbangan yang sewajarnya.
Nilai: ____________________________________________________________________
Ulasan : _______________________________________________________________________


SET 4

Tulis lima nilai murni yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Kamil diminta oleh ibunya pergi ke kedai membeli garam dan gula. Selalunya Kamil akan mengayuh basikal tetapi petang itu dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Tambahan pula, sekarang dia sedang giat menjalani latihan sukan olahraga di sekolah. Sekurang-kurangnya dia dapat meningkatkan kecergasan dirinya.
Kamil seorang yang bijak. Dia selalu menjadi rujukan kepada rakan-rakan sekelasnya. Kelebihan yang dimilikinya itu tidak sedikit pun membuatkan dia meninggi diri. Malahan, dia sentiasa sahaja memberi pandangan dan tunjuk ajar apabila diperlukan oleh rakan-rakannya.
Dalam kalangan rakan-rakan, Kamil juga dikenali dengan gelaran ”orang besi”. Panggilan ini disebabkan Kamil telah dipilih sebagai pemain terbaik dalam pertandingan ragbi peringkat negeri. Kamil juga seorang pelari pecut sekolah. Sehingga hari ini, tiada seorang pelajar yang dapat menandingi kepantasan Kamil ketika berlari. Kamil mempunyai cita-cita yang tinggi. Dia ingin mencapai kejayaan dalam akademik dan ingin menjadi ahli sukan yang berpendidikan tinggi. Dia juga bertekad mengharumkan nama negara dalam bidang sukan suatu hari nanti. 





 
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.