SET 1
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1 | Encik Raman ______ motosikal untuk menjual roti dari rumah ke rumah. | |
A | mengayuh | |
B | memimpin | |
C | menunggang | |
D | membonceng |
2 | “Ampun tuanku, ______ datang mengadap,” kata Hang Tuah kepada Sultan Melaka. | |
A | Hamba | |
B | Patik | |
C | Tuan hamba | |
D | Beta |
3 | Mereka membatalkan hasrat bermandi-manda di sungai itu kerana airnya ______. | |
A | beku | |
B | keruh | |
C | jernih | |
D | dingin |
4 | Kayu yang berat itu tidak ______ olehnya. | |
A | terpikul | |
B | memikul | |
C | pemikul | |
D | pikul |
5 | Sejak kebelakangan ini badannya semakin ______ selepas menghidap penyakit barah. | |
A | gemuk | |
B | kurus | |
C | kecil | |
D | kempis |
6 | Ceramah itu telah disampaikan ______ seorang doktor ______ Hospital Kluang. | |
A | dari … daripada | |
B | oleh … daripada | |
C | oleh … dari | |
D | kepada … di |
7 | Suliza menangis ______ kerana duitnya hilang semasa di bersenam di padang. | |
A | terlompat-lompat | |
B | terkinja-kinja | |
C | teresak-esak | |
D | terkial-kial |
8 | Apabila kita membeli sesuatu barangan, pastikan terdapat tanda harga dan ______ barangan yang dibeli daripada pihak penjual. | |
A | dijamin | |
B | terjamin | |
C | penjamin | |
D | jaminan |
9 | Rumah papan itu masih ______ walaupun sudah terbiar agak lama. | |
A | kukuh | |
B | tegap | |
C | kebal | |
D | sasa |
10 | Amirul ______ ke hadapan apabila namanya di sebut oleh pengacara majlis. | |
A | muncul | |
B | terpa | |
C | tampil | |
D | terbit | |
11 | Kerja untuk membaik pulih kompleks sukan itu sedang dijalankan. ______, kos pembiayaannya yang besar telah merumitkan keadaan. | |
A | Dengan itu | |
B | Walau bagaimanapun | |
C | Tambahan lagi | |
D | Selanjutnya |
12 | Semua pemohon perlu melalui proses ______sebelum diterima bekerja di syarikat itu. | |
A | temu bual | |
B | temu duga | |
C | temu kasih | |
D | temu ramah |
13 | Petani itu ______ dua bakul yang berisi sayur-sayuran. | |
A | memikul | |
B | menggalas | |
C | mengandar | |
D | menjunjung |
14 | “Buku yang kamu cari itu ada ______ saya,” kata Ikram kepada Suhaimi. | |
A | daripada | |
B | kepada | |
C | untuk | |
D | pada |
15 | “______ letak kotak itu di atas meja. Letakkannya di lantai,” kata Puan Normah kepada Haqem. | |
A | Jemput | |
B | Tolong | |
C | Jangan | |
D | Sila |
SET 2
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Tandakan betul (√) jika tiada kesalahan dalam ayat dan tandakan (X) jika terdapat kesalahan dalam ayat. Jika terdapat kesalahan, garisi kesalahan tersebut.
Bil | Ayat | √/X |
1 | Adik telah mengotori ruang tamu rumah. | |
2 | Karya itu ditulis di dalam bahasa Melayu klasik. | |
3 | Pusat mencuci kereta itu dipenuhi pelanggan pada hujung minggu. | |
4 | Beberapa penduduk kampung itu telah disyaki menghidap H1N1. | |
5 | Perabot itu dibuat dari rotan yang bermutu tinggi. | |
6 | Siapa yang melanggar peraturan sekolah pasti akan dikenakan tindakan. | |
7 | Goreng mi itu terlalu pedas. | |
8 | Ramli Restoran amat terkenal di pekan itu. | |
9 | Banyak rumah-rumah setinggan telah dirobohkan di kawasan itu telah dirobohkan. | |
10 | Encik Amin telah menerima surat perlantikan sebagai pengurus baharu syarikat itu. | |
11 | Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperkasa bahasa Melayu. | |
12 | Berpuluh ekor paus telah terdampar di Pantai California. | |
13 | Ali memberikan kucing makanan. | |
14 | Hadiah itu tidak untuk saya tetapi untuk kakak. | |
15 | Kita perlu saling tolong-menolong untuk keharmonian hidup bermasyarakat. | |
16 | Penyamun itu diberkas sebaik sahaja dia keluar dari rumah itu. | |
17 | Murid-murid itu bising bila guru tiada di dalam kelas. | |
18 | Aminah murid yang tercantik sekali di sekolah itu. | |
19 | Suhaili merasa kecewa apabila penyertaannya dibatalkan. | |
20 | Ibu sedang memperkemaskan bilik adik. |
SET 3
Pilih ayat yang betul.
1 | A | Kedua ibu bapanya pegawai tinggi kerajaan. |
B | Ramai murid-murid yang tidak memakai lencana sekolah. | |
C | Berbagai-bagai jenis sayur dijual di pasar raya yang baharu dibuka itu. | |
D | Semua guru-guru dikehendaki menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak sekolah. |
2 | A | Silalah datang ke rumah saya jika ada masa. |
B | Minta jamah lauk-pauk yang telah saya sajikan itu. | |
C | Tolonglah duduk dahulu sementara saya bersiap di dalam bilik. | |
D | Harap kalian dapat bersabar sebelum Tuan Pengetua mengumumkan keputusan peperiksaan itu. |
3 | A | Projek landskap taman mini sekolah itu telah disiapkan oleh kami. |
B | Encik Badrul telah membuka sebuah kedai menggunting rambut di pekan. | |
C | Ayah telah membeli pelbagai jenis buah-buahan untuk majlis perkahwinan kakak. | |
D | Dia telah menerima anugerah khas daripada pihak pengurusan syarikatnya kerana menunjukkan prestasi kerja yang baik. |
4 | I | Kebanyakan pakaian yang dijual di gerai itu diimport dari Eropah. |
II | Halimah menyimpan novel yang baharu dibelinya di rak buku. | |
III | Dari pagi hingga ke petang dia memancing di sungai itu. | |
IV | Emak menjahit sepasang baju kurung kepada adik. | |
A | I dan II sahaja | |
B | I dan III sahaja | |
C | I, II dan IV sahaja | |
D | II, III dan IV sahaja |
5 | I | Majlis nikah akad pasangan itu akan diadakan pada malam esok. |
II | Keadaan di teksi stesen itu kurang menyenangkan kerana banyak sampah. | |
III | Cikgu Kamarul sedang menyiapkan atur cara majlis program motivasi itu. | |
IV | Abang membeli sebuah beg galas baharu sebelum berangkat ke luar negara. | |
A | I dan II sahaja | |
B | I dan III sahaja | |
C | II dan IV sahaja | |
D | III dan IV sahaja |
6 | I | Baju kebaya yang cantik itu diperbuat dari kain sutera. |
II | Demi untuk kesenangan hidup, dia sanggup meninggalkan negaranya. | |
III | Emak menyangkutkan baju kemeja ayah pada dinding di biliknya. | |
IV | Novel itu ditulis oleh seorang penulis yang terkenal tanah air. | |
A | I dan II sahaja | |
B | II dan III sahaja | |
C | III dan IV sahaja | |
D | I, II dan IV sahaja |
7 | I | Mereka saling membantu untuk menyelesaikan tugasan itu. |
II | Suhainiza menangis bila dimarahi oleh gurunya kerana tidak membawa buku. | |
III | Intan Nazihah telah menjadi juara dalam pertandingan mendeklamasikan sajak. | |
IV | Izzuddin tidak termakan goreng mi yang terlalu pedas itu. | |
A | I dan II sahaja | |
B | I dan III sahaja | |
C | II dan IV sahaja | |
D | I, III dan IV sahaja |
SET 4
Kata Banyak Makna
Tandakan ( / ) pada penggunaan perkataan bergaris yang betul dan ( X ) pada penggunaan perkataan bergaris yang salah.
1. 1. a. Datuk Hamid mengkaji masalah yang dihadapi oleh beliau untuk mencari jalan
penyelesaian. ( )
b. Razman akan mengkaji sama ada akan pergi berkelah atau tidak esok. ( )
2. 2. a. Kata-kata Liana yang berat itu menyebabkan kawan-kawannya berasa kecil
hati.( )
b. Penyakit yang dihidapi oleh nenek saya agak berat. ( )
3. 3. a. Sambutan Hari Guru di sekolah kami berjalan dengan lancar. ( )
b. Pemuda dari Jepun itu dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan lancar. ( )
4. 4. a. Saya tidak suka makan buah mangga yang muda kerana rasanya amat tajam. ( )
b. “ Tajam sungguh pisau yang baru diasah oleh ayah,” kata Suzana kepada
adiknya. ( )
5. 5. a. Perompak itu mengacu pisaunya ke arah Encik Halim dan isterinya. ( )
b. Raihana mengacu mukanya apabila terpandang wajah Sofea di kantin. ( )
6. 6. a. Kita tidak boleh melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah. ( )
b. Kemalangan itu berlaku apabila sebuah lori terbabas lalu melanggar tiang
lampu.( )
SET 5
Kata Hampir Sama Makna
Isi tempat kosong dengan kata hampir sama makna yang sesuai.
alamat isyarat lambang tanda
tersungkur terjunam terjelepok terperosok
1. 1. Motosikal pemuda itu _______________ ke dalam sawah padi apabila tidak dapat dikawal olehnya.
2. 2. Pak Majid berdehem beberapa kali sebagai ______________ kepada anak-anak muridnya bahawa dia
sudah sampai ke gelanggang silat.
3. 3. Puan Kartini _______________ di atas lantai kerana kepalanya berasa pening secara tiba-tiba.
4. 4. Razif menegakkan ibu jarinya sebagai _______________ bahawa lagu yang dinyanyikan oleh rakannya
sungguh merdu.
5. 5. Abang _______________ apabila kakinya tersadung pada akar kayu.
6. 6. Wau bulan ialah _________________ bagi Sistem Penerbangan Malaysia.
7. 7. Adik menjerit dengan kuat apabila kakinya _______________ ke dalam lubang yang besar itu.
8. 8. “ Ayam jantan berkokok __________________ hari hendak siang,” kata Nenek Timah kepada cucunya.