SET 1
BAHAGIAN C – 20 MARKAH
MASA DICADANGKAN 15 MINIT
Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Loceng sekolah berbunyi menandakan tamat sesi persekolahan. Era dan Iqin segera mengemaskan barang-barang mereka. Sebelum keluar dari kelas, Era dan Iqin bersalaman dengan guru. Mereka berjalan pulang ke rumah. Tiba-tiba mereka lihat sebuah dompet tercicir di tepi jalan.
Iqin segera mengambil dompet itu. Mereka berdua terperanjat apabila mendapati terdapat wang yang berjumlah RM200. Era ingin mengambil wang tersebut. Iqin menasihati Era supaya tidak mengambilnya. kerana itu sikap yang tidak baik.
Era berasa malu dan memohon maaf. Akhirnya mereka mengambik keputusan untuk menyerahkan dompet itu kepada guru besar. Guru besar mengucapkan syabas atas tindakan yang mereka lakukan. Rupa-rupanya dompet itu kepunyaan Cikgu Saifudin. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Era dan Iqin.
Jawapan
No comments:
Post a Comment