Salin semula contoh karangan Dialog/Temu Ramah/Perbualan/Wawancara di bawah.

1.      Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara

         terbahagi kepada dua jenis
i.                    dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya khabar dan perbualan menerusi telefon.)
ii.                  wawancara dan temu ramah  ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada
orang yang lebih dihormati , atau ingin tahu sesuatu perkara )
         seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama
         setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih
         sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu   
panjang.

         Format karangan ini

·         nama watak ditulis selari di sebelah kiri
·         selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari
contoh :
Nama A    :   Assalamualaikum, Makcik.
Nama B    :   Waalaikummussalam
Nama A    :   Apa khabar Makcik ?
Nama B    :
         Mulakan perbualan dengan salam sejahtera
         anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa
berbual itu berumur gunakan panggilan “Encik”, “Tuan”, ataupun “Makcik”
         pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah /
dialog.
         boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ‘tak’ , ‘dah’
         soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit. Dalam dialog
itu, kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.
         Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar
         elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan “ya” atau “tidak”.
         soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.
         kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )
         tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan ayat
tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )
         mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
         soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh
         Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.







Contoh 1

Tajuk / Soalan :Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan. Dalam pertandingan itu anda telah mendapat tempat kedua. Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan Melayu. Anda ingin mengucapkan tahniah dan menyatakan perasaan kagum anda akan kebolehannya. Tulislah dialog anda selengkapnya.

Rangka Karangan

PENDAHULUAN         -        mengucapkan tahniah
ISI
a)      Siva berharap agar kejayaannya memberi semangat kepada pelajar bukan Melayu yang
          lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.
b)       menyatakan perasaan kagum -bertanya tentang cara dia mempelajari Bahasa Melayu
c)       Siva menyatakan cara dia mempelajari Bahasa Melayu.
PENUTUP
          Siva memberikan dorongan agar sama-sama menguasai bahasa kebangsaan

Karangan Lengkap

( Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah )

Azman :  Tahniah,Siva,kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu.
Siva     :  Terima kasih. Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajar-
    pelajar bukan Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.
Azman :  Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari ini. Setiap perkataan yang awak  
                ucapkan jelas dan lancar. Bagaimanakah  cara kamu mempelajari Bahasa Melayu ?
Siva    :  Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku-buku Bahasa Melayu yang bermutu . 
               Di samping itu,saya mempelajari  tatabahasa dengan baik. Saya selalu membuka
               kamus  untuk mempelajari ejaan dan makna kata-kata yang saya baca. Saya melatih diri  
               saya menggunakan bahasa baku apabila membaca atau bercakap.
Azman :  Kalau begitu ,tidak hairanlah saya apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan
    beberapa pelajar Melayu yang lain dalam pertandingan itu. Saya malu,Siva.
Siva    :  Mengapa ?
Azman :  Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana itu 
                adalah bahasa ibunda saya. Rupa-rupanya saya silap.
Siva    :  Baguslah, Azman,kalau kamu sudah sedar. Sama-samalah kita belajar menguasai
               bahasa kebangsaan negara kita.
Azman :  Ya,baiklah ,Siva.            








Contoh 2

Tajuk / Soalan : Kawan kamu telah kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa. Bagaimanakah cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu berdua.

Karangan Lengkap

( Kamu dan Azma berada di sudut kantin sekolah )

Malim  :  Mengapa kamu bermuram saja, Azma ? Apakah kamu ada masalah ?
Azma   :  Duit saya sebanyak sepuluh ringgit telah hilang Malim.
Malim :  Macam mana boleh hilang ?
Azma   :  Saya letakkan dalam beg. Balik dari rehat sahaja duit dah tak ada. Saya syak Tahir
    yang curi,sebab waktu rehat dia tak keluar.
Malim :  Bukankah cikgu selalu menasihati agar duit jangan ditinggalkan dalam beg.  Sekarang
   sudah hilang, mengapa pula menuduh tanpa usul periksa ?
Azma   :  Jika bukan Tahir, siapa lagi ? Saya pasti memang Tahir ! Dia dengkikan saya  !
Malim :  Jangan sesekali serkap jarang. Jika bukan dia, bagaimana kita mahu tutup  muka kita ?
  Baik kita jumpa Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh membantu kita.
Azma  :  Betul juga kata kamu, Malim. Saya berasa bangga mendapat kawan   macam  kamu.

























Contoh 3

Tajuk / Soalan : Kamu berpeluang menemuramah seorang bapa kepada sepasang anak kembar yang telah berjaya menjadi doktor perubatan , semasa majlis penyampaian ijazah di Universiti Malaya. Cuba buat satu temuramah itu dengan bertanyakan hal-hal yang berkaitan.

( Setelah memperkenalkan diri kamu , maka kamu mengemukakan soalan-soalan kepada Encik Karim )

Murid              : Encik, sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua-dua anak kembar encik
              Faizul dan Faizal hingga berjaya menjadi doktor ?
En. Karim       : Sebenarnya saya pun tidak tahu bagaimana hendak menceritakannya. Hanya   
  saya kira Tuhan merestui kami sekeluarga.
Murid              : Boleh saya tahu bagaimana anak-anak encik ini belajar ?
En. Karim       : Mmmmmmm, kalau tentang belajar , mereka memang sungguh berusaha.
  Hampir sepanjang waktu mereka asyik dengan buku sahaja. Kalau menonton  
  televisyen itu jarang sekali. Kerap kali kalau menonton pun mereka menonton  
  siaran berita sahaja.
Murid              : Di mana mereka bersekolah ?
En. Karim       : Kesemuanya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Darau. Kemudian bersekolah
  menengah di Sek. Men. Seri Nering, Jerteh. Semuanya mendapat pangkat satu di
  peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Semasa itulah mereka mendapat tawaran dan
  meneruskan pelajaran di Tingkatan Enam iaitu di Sekolah Tinggi, Jerteh.
 Apabila mereka lulus mereka belajar di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
 Sekarang mereka sudah lulus dan menjadi doktor.
Murid              : Apakah perasaan encik sekarang ?
En. Karim       : Sudah tentu gembira sekali. Kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan
  gemilang itu.
Murid              : Baiklah encik , saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk
  ditemubual.
En. Karim       : Terima kasih kembali.
                      
( Berjabat tangan dengan murid )

Tips :
Sediakan LIMA SOALAN terbaik. Setiap soalan diikuti oleh jawapan dan huraian sebanyak 20 patah perkataan KECUALI pendahuluan.