Bina lima ayat lengkap berdasarkan gambar.
1.
2.
3.
4.
5.
LEMBAR BAHASA MELAYU
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TAMAN KLUANG BARAT
Sunday, 11 December 2011
Formula bagi menjawab soalan Bahasa Melayu Penulisan
Formula Bahagian C
Bil | Nilai Murni/Pengajaran/ Amalan baik | Huraian |
1 | Haqem – adil | Tidak berat sebelah dan tidak memihak kepada sesiapa. |
2 | Shofiah - baik hati | Pemurah, menolong orang, menderma dan sebagainya. |
3 | Khuzaimah - bekerjasama | Bersama-sama melakukan sesuatu tugasan atau kerja, tolong-menolong |
4 | Danial – berani | Menyelamatkan orang atau binatang, melaporkan perkara yang tidak baik kepada pihak tertentu dan menyahut cabaran yang positif. |
5 | Farah - berbudi bahasa | Elok tingkah laku dan pertuturannya |
6 | Aisha - berdisiplin | Mematuhi segala peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan. |
7 | Fatin - berjimat cermat | Berhemat ketika berbelanja, menyimpan wang, membawa bekal |
8 | Tantawi -bertanggungjawab | Melakukan tugas harian yang diamanahkan |
9 | Fazillah- gigih/ tekun | Berusaha bersungguh-sungguh. |
10 | Huwaida – ikhlas | Menolong orang tanpa mengharapkan balasan atau upah atau hadiah |
11 | Taufik – insaf | Bertaubat, tidak mengulangi lagi perbuatan keji, kesalahan atau kesilapan |
12 | Suhaila - jujur/ amanah | Bercakap benar , menyimpan/ memulangkan barang orang |
13 | Atiqah - kasih sayang | Menyayangi orang lain atau haiwan |
14 | Aida - menepati janji | Tidak mungkir janji. |
15 | Asyikin – menghargai | Mengingati jasa atau pertolongan orang, berterima kasih |
16 | Hanif - menghargai masa | Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah |
17 | Amar – prihatin | Sensitif terhadap sesuatu perkara atau isu atau mempunyai rasa ingin tahu. |
18 | Putri – rajin | Menolong orang , menyiapkan kerja sekolahdan sebagainya. |
19 | Asilah – rasional | Boleh menerima suatu keputusan atau membuat keputusan. |
20 | Ishvin - rendah diri | Tidak bersikap sombong setelah berjaya atau sekiranya mempunyai kelebihan. |
21 | Nurizza – sabar | Tidak mudah marah, tabah menghadapi dugaan atau tidak tergesa-gesa. |
22 | Amira - sopan santun | Berkelakuan elok atau menghormati sesiapa sahaja. |
23 | Rabiatul – syukur | Cukup dengan apa yang ada, berterima kasih |
24 | Aidil - taat / patuh | Patuh kepada perintah Allah/ mendengar arahan ibu bapa, guru, ketua |
25 | Izzati – tabah | Menghadapi dugaan dengan redha dan hati terbuka. |
26 | Aini – yakin | Percaya boleh melakukan sesuatu tugas atau percaya kepada diri sendiri. |
27 | Siti Aishah – menepati masa | Melakukan sesuatu mengikuti jangka waktu yang ditetapkan |
PWANIH
PWA- Penanda Wacana
A – Antara,
S – Selain itu,
S – Seterusnya,
D – Di samping itu,
A – Akhir sekali, NI - Nilai
H - Huraian
Formula membina karangan Bahagian B
MAS BBD
M – Mengapa
A – Apa
S – Siapa
B – Bila
B – Bagaimana
D – Di mana
INGAT ! Perlu ada 5 / 6 perenggan.
- Pendahuluan, 1 isi + huraian ( 3 / 4 perenggan ), penutup.
- UMUM
M | A | S | B | B | D |
/ | / | / | / | / | / |
- KHUSUS
M | A | S | B | B | D |
X | / | X | X | X | X |
Formula membina ayat bahagian A
S – Siapa
A – Aktiviti
L – Lokasi
A – Alatan
M – Masa / Mengapa
Friday, 4 November 2011
BAHAGIAN C – 20 MARKAH MASA DICADANGKAN 15 MINIT (Set 2)
SET 2
BAHAGIAN C – 20 MARKAH
MASA DICADANGKAN 15 MINIT
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Linggam : Ah Seng, kamu pergikah ke rumah Aidil sempena hari lahirnya ?
Ah Seng : Saya belum membeli hadiah lagi tetapi kita mesti menghadiahkan sesuatu sebagai
tanda seorang rakan.
Linggam : Saya ingin membelikannya alat-alat melukis. Dia gemar melukis.
Ah Seng : Linggam, saya rasa lebih baik kita berkongsi wang untuk membelinya. Kita boleh
membeli hadiah yang lebih berkualiti.
Linggam : Saya setuju tetapi saya tidak mempunyai wang yang begitu banyak.
Ah Seng : Tidak mengapa, saya boleh tambah jika kurang.
Linggam : kamu sungguh baik hati, Ah Seng.
Ah Seng : Oh, tidak mengapa! Itu hanya perkara kecil sahaja.
Linggam : Jika begitu, marilah kita pergi ke kedai untuk membeli hadiah itu.
Ah Seng : Sebentar ya, saya mesti memberitahu ibu saya terlebih dahulu.
Linggam : Baiklah.
Jawapan
Antara nilai murni berdasarkan petikan ialah kita mestilah mempunyai sifat ______________ dengan ___________________________________________. Selain itu, kita hendaklah ___________________________ dengan cara berkongsi wang untuk membeli hadiah rakan. Seterusnya, kita mestilah _____________________________ supaya kita juga turut dihargai. Di samping itu, kita juga mestilah mempunyai sikap _________________________________ untuk kebaikan kita bersama. Akhir sekali, kita hendaklah _______________________________________ sebagai tanda anak yang baik.
BAHAGIAN C – 20 MARKAH MASA DICADANGKAN 15 MINIT (Set 1)
SET 1
BAHAGIAN C – 20 MARKAH
MASA DICADANGKAN 15 MINIT
Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Loceng sekolah berbunyi menandakan tamat sesi persekolahan. Era dan Iqin segera mengemaskan barang-barang mereka. Sebelum keluar dari kelas, Era dan Iqin bersalaman dengan guru. Mereka berjalan pulang ke rumah. Tiba-tiba mereka lihat sebuah dompet tercicir di tepi jalan.
Iqin segera mengambil dompet itu. Mereka berdua terperanjat apabila mendapati terdapat wang yang berjumlah RM200. Era ingin mengambil wang tersebut. Iqin menasihati Era supaya tidak mengambilnya. kerana itu sikap yang tidak baik.
Era berasa malu dan memohon maaf. Akhirnya mereka mengambik keputusan untuk menyerahkan dompet itu kepada guru besar. Guru besar mengucapkan syabas atas tindakan yang mereka lakukan. Rupa-rupanya dompet itu kepunyaan Cikgu Saifudin. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Era dan Iqin.
Jawapan
Tuesday, 25 October 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)